Tuesday, June 9, 2009

IBU..Di kau lah ratu hatiku...

KHAS UNTUK INSAN BERGELAR UMI, MAMA,MAK,IBU, dan sebagainya.....Ibu sepatutnya perlu diingati dan dihargai setiap hari, bukannya hanya pada hari ibu... Berilah sedikit perhormatan terhadap ibu yang telah membesarkan kita anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya hari ini....

http://www.centerforhopeandhealing.org/images/Baby%20Hand


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan. “Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?”

Dan Tuhan menjawab , “Saya telah memilih seorang malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu. Bayi itu merayu, “Tapi di sini di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia. Tak perlu untuk saya dihantar ke dunia”.

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia”.

“Dan bagaimana bisa saya mengerti saat orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka”? “Malaikatmu akan berbahasa kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara”.

“Dan apa akan saya lakukan saat saya ingin berbicara dengan-Mu”. “Malaikatmu akan mengajar kepadamu bagaimana cara kamu berdoa”.

“Saya mendengar bahawa di bumi ada orang jahat . Siapa yang akan melindungi saya?”.
“Malaikatmu akan melindungimu walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya. Tapi Saya pasti mereka sedih kerana tidak dapat melihatmu lagi”.

“Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Saya dan akan mengajarkan bagaimana kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa berada di sisimu”.

Saat itu syurga begitu terang sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah kamu memberitahuku apakah nama malaikat tersebut?”.
“kamu akan memanggil malaikat itu, IBU......




• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

Hargailah seorang insan yang paling mulia di sisi kita iaitu wanita yanr bergelar "IBU".. Tanpa nya, siapalah insan yang bergelar "ANAK"...InsyaALLAH..Akan ku kenang jasa dan pengorbananmu IBU hingga ke akhir hayatku...Restuilah perjuangan anakmu ini menuju jalan mencari sesuap ilmu sebagai bekalan untuk meniti arus kehidupan yang lebih diRedhaiNYA...Amin Ya Rabbal A'lamin.....Dikau lah sumber inspirasi hidupku...Uhibbu ummi daiman abadan abada...

Sunday, June 7, 2009

InSaN BeRgELaR SaHabAT...


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Salam sayang buat semua sahabatku....Semoga persahabatan yang kita jalinkan ini kekal hingga ke akhir hayat..InsyaALLAH......

Friday, June 5, 2009

SENYUM?????


Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".Tahniah!! Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan. Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta. Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Pada ketika kita bersedih, menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup. Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

14 ; fakta menarik tentang SENYUM :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.



" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Wednesday, June 3, 2009

angah sayang abah wa ummi...



Dua jam berlalu. Hujan diluar telah reda. Matahari kembali terik. Aku melirik jam tanganku sudah setengah tiga siang, percik air hujan masih menempel dikaca jendela mejadi buih-buih berkilauan terkena pantulan cahaya matahari yang mulai condong kebarat.
Aku berdiri dan melangkah meninggalkan meja kerjaku. Pintu ruangan aku kunci rapat. Hari ini aku tidak ingin diganggu oleh siapapun, entah mengapa hari ini badanku lemas sekali, mungkin karena tadi malam aku susah tidur, kebanyakan minum kopi. Aku dekati jendela, kusibakan tirai yang menghalangi pandangan keluar. Aku longokkan kepalaku. Suasana kembali ramai seperti tadi, kemarin dan kemarin-kemarin. Aktivitas penduduk kota seperti ini, seakan tidak ada berhentinya. Hilir mudik orang-orang dengan urusannya masing-masing, tukang parkir tak kenal panas dan hujan melengkingkan peluitnya dan berteriak membantu, mengatur dan mengeluarkan kendaraan dari tempat parkir di depan gedung ini.

Pandanganku terpaku pada sosok wanita setengah tua yang menggendong keranjang dan tempayan kue. Ia duduk sambil berkipas menghilangkan peluh yang mengalir deras, aku melihat dia terseok kelelahan, berjalan dari barisan ruko-ruko yang berjajar dipinggir jalan. Wajahnya menghitam, kriput diwajahnya menandakan kepahitan dan kegetiran hidup. Pasti ia lakukan semua itu demi anak-anaknya. Aku jadi teringat Bunda.

Waktu itu Bunda menatapku penuh kasih sebelum bayang tubuhnya lenyap tertutup kabut pagi. Kriput diwajah itu gambaran lelah yang sangat. Bunda melangkah membawa beban dipundaknya sekerajang kue.

Bunda bangkit dari duduknya sebuah pohon asem yang rindang di pinggir jalan tempat biasa bunda beristirahat, dikemasi keranjang kue yang dijajakannya. Hari masih terlalu pagi dan bunda harus sampai di perkampungan. Mulai bunda terseok menyusuri jalan setapak menuju perkampungan dengan beban keranjang yang berisi penuh kue-kue. Jarak rumahku dengan perkampungan yang ramai kira-kira satu kilo meter.

Bunda tulus berkorban untuk ku. Tak meminta balasan apa pun kecuali surga. Bunda mengelus rambutku ketika senja datang bersama kelelahan, setelah seharian berkeliling. Semua kue habis meskipun tidak terjual. Anak-anak yatim piatu adalah langganan gratis kue Bunda.

Setiap mengawali penjajakannya Bunda mampir di panti asuhan yatim piatu, Bunda sempatkan untuk memberikan kue pada anak-anak yang telah ditinggal oleh kedua orang tuanya. Mereka kegirangan, berlari menghampiri Bunda yang sudah tersenyum dari jauh. Seperti tak kenal bosan, setiap pagi mereka menunggu Bunda. Bunda merasakan apa yang dirasakan mereka, jika melihat mereka bunda teringat akan aku. Air matanya mengalir haru. Ia bayangkan andai aku tak punya Bunda pasti aku seperti mereka, tinggal dipanti yang kurang terjamin segalanya. Jika menginginkan sesuatu mereka harus menunggu lama sampai ada manusia yang mulia hatinya menyumbangkan sedikit hartanya.
Walaupun aku hidup tanpa Ayah tapi aku beruntung masih punya Bunda. Ayah entah kemana. Kata Bunda, Ayah telah pergi ke Neraka. Aku tak mau melukai hati Bunda, dengan pertanyaan-pertanyaan tentang Ayah. Aku cinta Bunda.

Hari kamis, aku menunggu Bunda pulang. Sepulang sekolah aku membereskan rumah, menyiapkan bahan-bahan yang akan dibuat kue oleh Bunda. Hari semakin senja seperti biasa aku menunggu Bunda di teras rumah yang mungil ini. Merindukan usapan tangan Bunda yang lembut menembus relung-relung hati yang selalu haus kasih sayang yang selalu merindukan belaian lembut tangan Bunda. Tak bosan aku dengan kemanjaan ini. Kelembutan Bunda mampu membuat aku berpikir untuk selalu menyayanginya dan mewujudkan apa yang diharapkannya.

Bunda mengaharapkan aku menjadi manusia yang beruntung di masa depan, meskipun tanpa Ayah. Bunda bertekad untuk membiayai pendidikanku setinggi-tingginya. Tak pernah dipikirakan oleh Bunda, harta dan kekayaan. Bagi Bunda aku adalah harta satu-satunya dan kekayaan yang abadi. Walau harus berkeliling dan terseok dijalanan Bunda berharap suatu saat aku akan menjadi apa yang Bunda impikan.

Aku masih duduk menunggu Bunda pulang. Senja berubah menjadi petang, tak juga Bunda datang. Aku mulai resah, aku tatap setapak jalan yang biasa di lalui oleh Bunda. Rinduku semakin memuncak. Debar jantungku semakin berdekup cepat. Aku halau pikiranku tentang kejelekan terjadi pada Bunda.

“ Bunda Pasti pulang” itu yang aku tanamkan dalam hati. Dalam keremangan petang nampak tubuh berjalan terseok terbungkuk menggendong keranjang. Hatiku berdesir senang. Senyum bunda mengembang dari kejauhan. Aku berdiri dan berlari menghampiri bunda. Aku peluk tubuh Bunda yang lelah dengan eratnya. Aku menangis.

“ Bunda ? aku takut. Takut sekali kehilangan Bunda” kataku disela tangisku.
Bunda tersenyum. Lembut jemarinya mengusap rambutku. “ Maafkan Bunda sayang. Bunda agak telat karena Bunda harus menjajakan kue sampai jauh” ucap Bunda menenangkanku.

Bunda membimbingku masuk. Keranjang kue yang kosong diletakan di atas meja kayu yang rapuh. Bunda bersiap mandi. Aku buru-buru membuatkan teh hangat untuk Bunda. Malam semakin temaram. Pijar lampu minyak menerangi sebagian ruangan. Bunda rebahkan tumbuhnya yang lelah di atas balai bambu. Seperti biasa aku pijat kaki Bunda yang mengeras kaku. Bunda meringis lalu tersenyum.

“ Nah itu, ya itu. Pakai minyak kelapa ya sayang biar enak, di kasih bawang merah dan kencur ya” Aku bergegas membuat minyak urut dari miyak kelapa dibubuhi bawang merah dan kencur yang dihaluskan. Itu bisa membuat Bunda segar kembali esok pagi. Entah berapa puluh kilo jalan yang dilalui bunda. Telapak kakinya seakan tebal oleh panasnya aspal yang diinjaknya.
Seperti biasa, setelah aku urut tak bosan-bosannya bunda menemani aku belajar hingga malam semakin larut. Sambil memberikan wejangan dan nasehat.
“ Kelak jika kamu berhasil, jangan lupa asalmu ya” kata bunda disela kesibukanku mengerjakan PR. Aku mengagguk paham. Yang bunda maksudkan aku tidak boleh melupakan Bunda seperti Malin Kundang yang durhaka. Aku tidak boleh melupakan anak-anak yang seperti aku yang yatim dan piatu. Bunda mengajarkan aku ahklak yang mulia. Bunda mangajarkan padaku kasih sayang yang tulus. Bunda mengajarkan aku keihklasan akan hidup. “Tak ada hidup yang susah” kata bunda. “Semua bagaimana kita menyikapinya.”

Pola pikir bunda tertempa oleh keadaan yang sangat menekankan jiwanya Ayah pergi sebelum aku lahir. Bunda adalah sosok wanita yang perkasa, anggun dan bijaksana. Bagi ku tak ada yang menandingi kasih bunda.

Aku tidak pernah mau tahu tentang Ayah. Karena yang aku tahu Bunda menderita karenanya. Namun, terkadang rasa ingin tahu bagaimana rasanya punya Ayah tiba-tiba datang, ketika melihat Anto, Inem, Buang dan Ari yang sekolahnya diantar jemput oleh Ayah-ayah mereka. Terkadang iri ada juga dalam hati, ketika melihat mereka bermaja dengan Ayah-ayah mereka. Aku hanya tertunduk dan menjauh dari mereka.

Bunda selalu berucap “ Jangan kau merasa kerdil ya sayang, walaupun kau tumbuh sendiri tanpa Ayah. Kau masih punya Tuhan dan Bunda yang selalu setia menjagamu dalam suka dan duka”.
Ketegaran jiwa Bunda adalah gambaran sosok ibu sejati, tak pernah mengeluh dan berkesah dengan krontangnya hati yang sepi. Bunda bagiku sumber kekuatan sejati, kasih bunda mengalir bagai mata air yang jernih dari puncak gunung yang setia mengaliri seluruh sendi kehidupan di lembah –lembah hingga ke muara.
Aku berjanji pada bunda. Suatu hari aku akan membahagiakan Bunda, aku rela andai aku di beri Tuhan surga maka akan aku berikan surgaku untuk Bunda. Angan masa kecilku mencuat tinggi hingga memecahkan bintang-bintang di angkasa, bunda tersenyum melihatku sedang duduk memandangi malam, bersama bintang-bintang di atas sana.
“ Sayang, kelak kamu akan menjadi sinar itu. Berkilau dan mengagumkan. Namun, kamu jangan lupa asalmu” aku mengaguk paham. Malam semakin larut tangan Bunda yang lembut membimbingku masuk ke dalam bilik sambil menyanyikan sebuah lagu, Bunda memelukku dengan tangannya yang dingin dan layu. Bunda belai rambutku lalu kami tertidur dengan senyum.

p/s ; Hargailah insan yang bergelar umi & abah, mama & papa, abi & ummi dan sebagainya selagi mereka masih bernyawa di dunia ini..Tiada insan yang lebih istimewa melainkan mereka..Tanpa mereka, kita semua tidak akan kenal dunia ini..Uhibbu daiman abadan abada...

Pengorbananmu akan ku kenang hingga akhir hayatku..duhai insan berhati mulia...



Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. . "Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi…aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. "Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..Ya ALLAH..KAU satukanlah hati kami adik- beradik agar tetap erat hingga ke akhir hayat...Redhailah jalinan hubungan kami ini di atas tautan RahmatMU...Ya Rabbul A'lamin...

salam ukhwah daiman abadan abada..


Ya ALLAH...detik demi detik berlalu, kudoakan agar kasih sayang kami dibajai doa rabithah..ukhwah ini disirami keberkatanMu..moga ikatan ini akan berkekalan ..Ya ALLAH...di atas namaMu ku tautkan ukhwah ini, di atas jalanMu ku eratkan kasih sayang ini...Ya ALLAH...Kau redhailah jalinan ukhwah kami ini dalam HidayahMu...Aaammmiiiinnnn...
Ya Rabbul Izzati....Seringkali terbit di hati, apa yang dimiliki rasa xmencukupi, milik orang lain nampak sempurna seolah-olah tiada cacat celanya...Duhai insam istimewa...ketahuilah..nasib yang menimpa diri kitaketika ini adalah yang terbaik sebagai penguji, bukan untuk disesali tapi untuk majukan diri ke jalan yang penuh limpahan RahmatMU...
Nikmat yang paling manis adalah apabila ALLAH mentarbiyahkan diri hambanya dengan pelbagai ujian, fitnah mehnah kehidupan...Namun, tautan ukhwah yang erat mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang akan memberi suntikan semangat perjuangan...Alirkanlah halawatul ukhwah, kesungguhan dalam perjuangan melalui rabithah hati....Moga ukhwah fillah ini untuk selama-lamanya....Amin Ya Rabbal Alamin...

Salam Ukhwah Buat Sahabat-sahabat yang di ingati selalu...

Apakah makna di sebaliknya????

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template