Monday, December 28, 2009

Hencem nyer BABY!!

Hencem nyer baby!!heheh..perkataan pertama yang terkeluar dari mlut angah..huhuh..pic ni kaklang anta lpas baby g gunting rmbut..masa sblum angah mai ukm, muka baby laen..heheh..skrang angah mai ukm, muka baby laen dh..heheh..rindu cngat ng telatah baby msa dok umah..dgn gaya nyer, telatah nyer..ckup menghiburkan hati sumer yg ada lam umah tu.dh lea cute, pastu lucu plak..SHAMSUL NUQMAN @ baby....Hadirmu cukup bermakna lam family kita..ANGAH SAYANG FAMILY KITA...ANGAH VNDU ABAH, UMI,KAKLANG,KAKCHIK,KAKTEH,KAKDEA,ABE QA,KAKWAWA N BABY..

Saturday, December 26, 2009

RENUNGAN BERSAMA...


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam di panggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta.


JAGA DIRI HIASI PERIBADI DGN AMALAN YG SOLEH

1. Niat Sembahyang

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

2. Berdiri Betul

Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbiratul Ihram

Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur,

4. Fatihah

Sebagai pakaian yang indah indah di dalam kubur.

5. Rukuk

Sebagai tikar kita di dalam kubur

6. Iktidal

Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud

Memagar kita ketika menyeberangi Titian Silatulmustaqin

8. Duduk antara dua sujud (Awal)

Akan menaung panji panji Nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara dua sujud (Akhir)

Menjadi kenderaan kita semasa di padang masyar

10.Tahiyat Akhir

Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang di kemukakan oleh Mungkar dan

Nangkir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

12.Salam

Memelihara kita di dalam kubur

13.Tertib

Akan menentukan pertemuan kita dengan ALLAH.


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL


Thursday, December 24, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Cmat pengantin baru khas tuk maksdara tersayang, CUNA dan AYAHSU..Angah doakan agar jodoh berpanjangan hingga hingga ke akhir hayat, di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Amin...

Saturday, November 7, 2009

SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA...Renungkanlah...


Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

HADIS KELEBIHAN ZIKRULLAH

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: "Perbandingan oarang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati."

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa tidak mengingati ALLAH s.w.t sungguhpun ia hidup namun keadaanya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka."

Seorang pujangga berbangsa Persia berkata: "Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya."

Friday, November 6, 2009

HIKMAT DI SEBALIK SURAH-SURAH AL-FURQAN...


  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
  • Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
  • Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..
  • Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi
  • Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana
  • Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
  • Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian Manusia
  • Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
  • Surah Al Baraah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
  • Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
  • Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat
  • Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
  • Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
  • Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
  • Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
  • Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah
  • Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
  • Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
  • Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.
  • Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
  • Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
  • Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
  • Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia
  • Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
  • Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat
  • Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
  • Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
  • Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
  • Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya
  • Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum
  • Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
  • Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk
  • Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
  • Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  • Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
  • Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
  • Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
  • Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
  • Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
  • Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir
  • Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.
  • Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani
  • Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
  • Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya
  • Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana
  • Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
  • Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
  • Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
  • Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
  • Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan. Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  • Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
  • Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.



Thursday, November 5, 2009

Dikau yang ku sayang...kenangan terindah bersamamu..

MAJLIS GRADUASI SMKAFALAHIAH...Kenangan manis bersama sahabat sahabiah dalam perjuangan...walaupun dh melangkah ke haluan masing-masing tp kami semua each other..ukhwahh tetap sama spt dulu...moga ia nya kekal...amin..
Kenangan bersama tersayang msa g picnic...huhuhu...yg special nyer, klu sorang pkai jubah, sowang ag pum sama r..huhuhu..ni lea 'twin special'..klu nangis jea sowang, sowang ag pum nangis jgk n sebalik nyer....tp xpe yg penting bahagia selama-lamanya...
Salam...ape khbar mahbubah??hehehe...cdih cngt ni..nk tau nape??cz trharu lpas bca blog mahbubah sue...yang penting.."SUE SAYANG TYAH"....
Suka duka sue, tmpat mengadu nyer ialah TYAH...nk tau nape??erm...cz Tyah ni...Mahbubah sue...hehehe..SYUKRAN JAZILAN YA SODIQATI..Jasa dan memori kita bersama akan ku abadikan di segenap ruang hidupku selagi hidup dikandung badan..InsyaAllah...moga ukhwahh kita kekal hingga ke akhir hayat...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template