Friday, November 6, 2009

HIKMAT DI SEBALIK SURAH-SURAH AL-FURQAN...


  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
  • Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
  • Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..
  • Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi
  • Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana
  • Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
  • Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian Manusia
  • Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
  • Surah Al Baraah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
  • Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
  • Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat
  • Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
  • Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
  • Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
  • Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
  • Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah
  • Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
  • Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
  • Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.
  • Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
  • Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
  • Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
  • Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia
  • Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
  • Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat
  • Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
  • Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
  • Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
  • Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya
  • Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum
  • Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
  • Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk
  • Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
  • Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  • Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
  • Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
  • Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
  • Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
  • Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
  • Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir
  • Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.
  • Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani
  • Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
  • Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya
  • Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana
  • Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
  • Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
  • Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
  • Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
  • Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan. Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  • Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
  • Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.



1 comments:

umi jun said...

wah lengkap neh kak su ;)

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template