Friday, November 6, 2009

HIKMAT DI SEBALIK SURAH-SURAH AL-FURQAN...


  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
  • Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
  • Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..
  • Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi
  • Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana
  • Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
  • Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian Manusia
  • Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
  • Surah Al Baraah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
  • Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
  • Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat
  • Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
  • Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
  • Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
  • Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
  • Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah
  • Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
  • Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
  • Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.
  • Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
  • Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
  • Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
  • Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia
  • Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
  • Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat
  • Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
  • Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
  • Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
  • Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya
  • Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum
  • Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
  • Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk
  • Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
  • Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  • Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
  • Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
  • Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
  • Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
  • Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
  • Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir
  • Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.
  • Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani
  • Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
  • Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya
  • Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana
  • Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
  • Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
  • Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
  • Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
  • Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan. Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  • Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
  • Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.



Thursday, November 5, 2009

Dikau yang ku sayang...kenangan terindah bersamamu..

MAJLIS GRADUASI SMKAFALAHIAH...Kenangan manis bersama sahabat sahabiah dalam perjuangan...walaupun dh melangkah ke haluan masing-masing tp kami semua each other..ukhwahh tetap sama spt dulu...moga ia nya kekal...amin..
Kenangan bersama tersayang msa g picnic...huhuhu...yg special nyer, klu sorang pkai jubah, sowang ag pum sama r..huhuhu..ni lea 'twin special'..klu nangis jea sowang, sowang ag pum nangis jgk n sebalik nyer....tp xpe yg penting bahagia selama-lamanya...
Salam...ape khbar mahbubah??hehehe...cdih cngt ni..nk tau nape??cz trharu lpas bca blog mahbubah sue...yang penting.."SUE SAYANG TYAH"....
Suka duka sue, tmpat mengadu nyer ialah TYAH...nk tau nape??erm...cz Tyah ni...Mahbubah sue...hehehe..SYUKRAN JAZILAN YA SODIQATI..Jasa dan memori kita bersama akan ku abadikan di segenap ruang hidupku selagi hidup dikandung badan..InsyaAllah...moga ukhwahh kita kekal hingga ke akhir hayat...

Friday, October 23, 2009

DISKUSI ILMIAH 11 656

DISKUSI ILMIAH SEJARAH ISLAM 11 656H
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (JPATI)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
BILIK MAJLIS, BANGUNAN CANSELORI UKM.....
Semoga diskusi ini mendapat berkatNYA tuk kita semua...
"ILMU ITU DICARI BUKAN MENCARI...."
Suasana semasa presentation...semua khusyuk mendengar nyer...
"Salam!korang ktne ni? presentation dh nk start ni.."....waduh2 bikin kalut bangat si...hehehe
Dirasmikan oleh Dekan baru FPI, diiringi oleh Ust Zamri (Ketua JPATI), Ust Ezad dan Ustzh Roziah...
Hari kedua diskusi...excited nk dengar presentation seterusnya...huhuhu
Saat penuh debaran..menunggu giliran tuk presentation....
Huda n ecah pum nk promote gk lea!heheheh...good!!
Liyana, nor n sue..nk " ni lea buku terbitan hasil drp kita org.."
Peneraju subjek sejarah islam...Ust Ezad dan para penyelidik...jasamu dikenang...
Memori bersama sof-sof pimpinan sejarah islam bersama Ust Ezad dan Ust Fadlee...

Tuesday, October 20, 2009

Marah @ ghadhib???


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”. Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia ” tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar. . itulah senjata orang2 mukmin.

Sunday, October 18, 2009

sahabat...


Apakah erti seorang sahabat??ana yakin, semua insan dikurniakan sahabat.......
"sue sayang semua sahabat sue"...itulah ungkapan yang lahir dari benak hatiku..trima kasih duhai sahabat, suka duka selama kita bersahabat tetap dlam memoriku..Namun, terdetik juga di hati ini, Ya ALLAH!Apakah salah aku sehinggakan aku dibuat begini? dimana salah dan silapku dalam menjalinkan persahabatan ini? mungkin ada kesilapanku yang ku xsedar..Tuhan itu maha ADIL...
Di kesempatan ini, ana mohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap sepanjang kita bersahabat.....
..SALAM KEMAAFAN SAHABATKU..

Imtihan nihayah...berjuanglah hingga ke akhirnya..


Salam ukhwah fillah duhai mujahid dan mujahidah...lama dh rasa nyer ana xupdate blog ni..huhu...Namun,di kesempatan ini,hati kecil terdetik untuk update blog kesayangan ni..Pejam celik kejap jea jn..dh nk hbis sem da,exam pum dh nk mula..rasa tkut pum ada jgk,huhu..Tp hati tetap berdoa padaNYA..Ya ALLAH..tetapkanlah hati hambaMu ini untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaanMU..
Memang xdinafikan lagi, setiap kali nk exam mesti akan timbul nyer dugaan dariNYA untuk menguji hambaNYA. Lumrah kehidupan, setiap yang berlaku ada hikmahnya..Hubungan dengan ALLAH, ibu dan ayah, sahabat handai perlu dijaga, tp sejauh manakah kita tuk menilainya dan menjaganya?? Dengan doa dan sabar sahaja yang mampu mencegah nyer daripada terus lalai mengikut kata hati semata-mata.
Di kesempatan ini, ana memohon ampun dan maaf tuk semua sahabat di atas salah dan silap sepanjang kita menjalinkan persahabatan..Moga kita sama2 memanjatkan doa dan hidayah agar diberi KEJAYAAN dan KETENANGAN sepanjang melayari hidup di bumi ALLAH ini..amin ya Rabbal a'lamin..

Saturday, July 25, 2009

MAKNA TITISAN AIR MATA

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

  • Menangis kerana rasa takut.

  • Menangis kerana cinta.

  • Menangis kerana gembira.

  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.

  • Menangis kerana terlalu sedih.

  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.

  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

  • Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

    Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
    Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
  • Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

  • Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

  • Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka. Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
    Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
  • Apabila dahinya berpeluh.

  • Air matanya berlinang.

  • Hidungnya keluar cecair.

    Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

  • Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template